Kejadian 4:16-17 menyatakan, “Maka pergilah Kain dari hadirat Tuhan lalu tinggal di Tanah Nod, di sebelah timur Eden. Kain meniduri isterinya yang seterusnya mengandung lalu melahirkan Henokh. Maka Kain yang sedang membina sebuah kota menamai kota itu Henokh, yakni mengikut nama anaknya.

Kitab Kejadian menyatakan bahawa Adam dan Hawa mempunyai dua orang anak: Kain dan Habel. Kain membunuh adiknya Habel, lalu diusir oleh Allah. Selepas itu di Kejadian 4:17, kami mendapati bahawa Kain meniduri isterinya. Dari manakah asal usul isteri Kain? Jawapannya mudah sekali: Kain mengahwini adik perempuan ataupun anak saudaranya.

Di dalam Kejadian 5:4, kami mendapati bahawa Adam dan Hawa juga “…dikurniai anak-anak lelaki serta perempuan yang lain.

Inilah daftar salasilah keluarga Adam. Pada waktu penciptaan makhluk manusia, Allah menjadikannya menurut rupa Allah. Dia menciptakan lelaki dan perempuan, lalu Dia memberkati mereka dan menamai mereka “manusia.” Setelah Adam hidup 130 tahun, lahirlah baginya seorang anak lelaki menurut rupa dan gambarannya. Dia menamai anak itu Set. Selepas kelahiran Set, Adam hidup 800 tahun lagi dan dia masih dikurniai anak-anak lelaki serta perempuan yang lain. 5Setelah mencapai usia 930 tahun, Adam pun meninggal.

– Kejadian 5:1-5

Oleh kerana Adam hidup selama ratusan tahun, maka tiada masalah untuk dia menjadi bapa berulang kali. Ulasan dalam petikan Kejadian 5 tidak menyusun turutan kelahiran anak-anak serta usia mereka. Ia sudah menjadi kelaziman pada zaman silam untuk memaparkan maklumat yang penting sahaja untuk para pembaca. Dengan melahirkan banyak anak, kebarangkaliannya setengah dari jumlah anak-anak Adam adalah jantina perempuan. Ini bermaksud bahawa Kain telah mengahwini kakak/adik perempuan ataupun saudara perempuan yang lain. 

Persoalan pembiakbakaan dalam tertimbul dalam situasi ini, tetapi jawapannya mudah sekali. Sewaktu bangsa manusia masih muda pada awalnya, keturunan genetik masih dipelihara dan tidak dicemari. Jadi, tiada larangan terhadap pembiakbakaan dalam sehingga zaman Musa (Imamat 18:6-18) apabila pembiakbakaan dalam menjadi satu masalah.