Roma

953

Tidak ada buku di seluruh Alkitab yang menerangkan dengan jelas tentang Injil Tuhan kita, Yesus Kristus, seperti surat Paulus kepada jemaah di Roma. Dan tiada buku dalam Alkitab yang telah membawa kesan kepada kebangkitan dan kebangunan rohani dalam sejarah Gereja seperti buku Roma. Melalui kebenaran tentang pembenaran oleh iman dalam buku Roma inilah Martin Luther telah diselamatkan daripada legalisme dan menjadi pemimpin Reformasi Protestan. Doktrin yang sama yang dijelaskan oleh Luther, telah membawa kepada pertaubatan John Bunyan, John Wesley dan ramai lagi tokoh Kristian.

Bukan sahaja adanya keperluan mendesak untuk kebangkitan dan kebangunan rohani dalam Gereja di Malaysia pada hari ini, tetapi tidak pernah dalam sejarah umat Tuhan di Malaysia di mana umat Kristian yang lapar dan dahaga akan kebenaran Kristus, harus dibangunkan dan dikuatkan sepenuhnya dalam Kristus di “akhir zaman” ini. Doa kami adalah agar “kamu akan mengenal kebenaran dan kebenaran akan membebaskanmu” (Yohanes 8:32).