Perjalanan “Long” Yang Panjang

2311

Jalan di hadapan seperti tidak ada hentinya. Hujan di sebelah pagi membuat jalan balak itu licin. Seolah-olah lekukan secara tiba-tiba dan sudut tajam tidak cukup mengerikan, setiap kali treler besar yang melintasi tipis daripada pacuan empat roda kami, debaran jantung kami bertambah kencang. Sebahagian daripada perjalanan 5 jam itu adalah kering dan berdebu. Di antara rintikan hujan yang berhenti dan debu kering yang mengendap, adalah waktu-waktu kami dapat melihat sekilas landskap di sekeliling kami. Sekali-sekala garis biru gunung-ganang ditandai dengan balutan kabus yang sangat mempersonakan.

Ini adalah Borneo, dan keempat kami sedang menggembara di tanah tinggi utara ke Ba’Kelalan. Kami datang dari Lawas, bandar tanah rendah yang terdekat. Perjalanan “Long” kami merentasi komuniti-komuniti kecil Long Luping, Long Beluyu, Long Tanid, Long Sukang dan Long Semadoh, sebelum kita sampai di Ba’Kelalan. Ba’Kelalan adalah sekumpulan 9 kampung di Tanah Tinggi Bario Sarawak, 3,000 kaki (910 m) di atas paras laut dan hanya 4 km dari sempadan Kalimantan. Kampung-kampung tersebut adalah Buduk Nur, Long Langai, Long Lemumut, Long Ritan, Long Rusu, Pa Tawing, Buduk Bui, Buduk Aru dan Long Rangat. Suku Lun Bawang menduduki kawasan ini.

Ba’Kelalan terletak kira-kira 152km dari Lawas. Perjalanannya yang sukar dan berliku menjadi kering dan berdebu semasa musim kemarau dari bulan April hingga September, dan berlumpur dan berbahaya semasa musim tengkujuh dari bulan Oktober hingga Mac.

Misi kami adalah untuk membawa Alkitab Edisi Studi ke STP Buduk Aru, dan menyeberang sempadan untuk melawat Sekolah Tinggi Teologi Willfinger di Kampung Baru, Krayan, Indonesia. STP Buduk Aru adalah sekolah Alkitab yang keenam di Sabah dan Sarawak yang kami lawati sejak Inisiatif TITUS 2: 7” dilancarkan pada bulan Mac 2014. STP adalah akronim kepada Sekolah Teologi Pertama yang menawarkan sijil pendidikan teologi. Kelayakan untuk memasuki sekolah ini adalah sijil PMR atau yang setaraf. Tetapi kami diberitahu sekolah juga menerima calon yang mempunyai kelayakan lebih rendah asalkan mereka tahu membaca dan menulis, serta sangat yakin akan panggilan Tuhan dalam hidup mereka.

STP Buduk Aru ditubuhkan pada tahun 1961. Sekolah ini mempunyai 30 orang pelajar dari pelbagai suku: Lun Bawang, Kenyah, Kayan, Penan, Berawan, Beketan, Murut Tagal, Dusun dan sebagainya. Bahkan ada 4 Orang Asli dari Pahang. Perkara pertama yang menarik perhatian kami ialah tulisan-tulisan ayat-ayat Alkitab di bangunan sekolah. Firman Tuhan yang ditulis di setiap sudut dinding dan batu mengingatkan kita tentang kebesaran, kebaikan dan kesetiaan Tuhan. Tempat itu memang menyediakan persekitaran yang baik untuk pengajian teologi.

Ada satu tradisi budaya yang telah diwariskan sejak sekolah ini dibina. Setiap pelajar akan diangkat oleh masyarakat tempatan sewaktu mereka belajar disekolah Alkitab. Keluarga angkat akan memastikan keperluan mereka dipenuhi, terutama sekali kehangatan kekeluargaan apabila pelajar datang tinggal bersama mereka di akhir pekan setiap dua minggu.

Sekolah ini juga mampu diri kerana pelajar juga menanam tanaman dan sayur-sayuran, menternak ikan dan menyediakan makanan mereka sendiri. Ini adalah sebahagian daripada latihan untuk mereka menjadi pastor kawasan pedalaman yang mampu diri di mana sahaja mereka dihantar. Pengetua STP Buduk Aru,

Guru Paul Jalong, pernah melayani 3 tahun di Baram. Oleh kerana masyarakat Penan masih kerap berpindah-randah, dia terpaksa bergerak dengan mereka. Oleh itu, seseorang mesti belajar bagaimana untuk menjadi mampu diri dalam usaha untuk melayani umat Tuhan seperti itu.

Kami berharap melalui Inisiatif TITUS 2: 7”, Alkitab Edisi Studi akan dapat membantu para pastor, pemimpin gereja dan pelapis gereja BM (pelajar sekolah Alkitab dan pemimpin belia) untuk mengajar Firman Tuhan dengan lebih berkesan, serta membekalkan mereka untuk menggembala umat Tuhan yang di bawah jagaan mereka (2 Tim 3: 16,17).

Tiada orang asing di Ba’Kelalan. Kami sentiasa disambut dengan senyuman. Suku Lun Bawang telah mengalami kebangunan dan pemulihan rohani di tahun-tahun 1930-an, 1970-an dan 1980-an. Tetapi kebangunan rohani di Ba’Kelalan telah lama berlalu. Kami menemu-bual ramai saksi mata kebangunan rohani tersebut. Ibu Bulan, balu kepada mendiang Pak Agung Bangau, berkata suami-nya pernah bernubuat tentang jalan raya yang akan datang ke tanah tinggi itu (pada masa itu Ba’kelalan hanya boleh dicapai dengan berjalan kaki atau melalui udara), dan memberi amaran yang kuat bahawa “masalah baru akan muncul, oleh itu, jagalah anak-anak dan belia kita.”

Hari ini, penyeludupan dadah, kereta curi dan barangan lain telah menukarkan Ba ‘Kelalan daripada “Syurga Tanah Tinggi Borneo” kepada “Mexico Borneo”. Ketika aktiviti penyeludupan meningkat, trek motosikal yang menyambungkan Ba ‘Kelalan ke Long Midang di Indonesia telah berubah menjadi jalan yang cukup besar untuk kenderaan beroda empat. Siang dan malam pedagang dari Lawas menggunakan kenderaan 4WD untuk membekalkan barangan dan dadah di Long Bawan, pekan sempadan di Indonesia, yang hanya satu jam perjalanan dari Buduk Nur.

Seorang penduduk tempatan menganggarkan lebih daripada 200 buah kereta curi telah dibawa masuk merentasi sempadan sejak jalan dinaik-tarafkan. Jalan berbatu dan berdebu yang dahulunya digunakan sebagai “tikus jalan”, kini merupakan “jalan raja” yang rasmi bagi para pencuri kereta, yang hanya perlu menunjukkan kad pengenalan mereka untuk menyeberangi sempadan. Dikatakan orang-orang yang mempunyai “hubungan yang tepat” boleh memandu masuk tanpa perlu menunjukkan kad pengenalan mereka.

Dadah terutamanya “syabu”, disembunyikan di antara bermacam-macam barangan untuk mengelak daripada dikesan di pusat pemeriksaan Indonesia. Sejak Ogos 2013, sembilan orang dari Ba’Kelalan dan Lawas telah pun ditangkap oleh penguatkuasa undang-undang Indonesia kerana jenayah menyeludup dadah.

Apa yang membimbangkan penduduk kampung adalah sesetengah belia tempatan kini menjadi penagih “syabu”. Satu gram syabu yang dibungkus dalam kira-kira satu sentimeter panjang peyedut minuman dijual dengan harga RM50.

Selain daripada dadah, penyeludupan pelbagai barangan keperluan seharian juga menjejaskan pedagang berlesen di Ba’Kelalan. Barangan dari Sarawak mempunyai permintaan yang tinggi kerana harga barangan adalah 3 kali lebih murah berbanding dengan barangan yang diterbangkan ke Long Bawan dari Nunukan, di mana peniaga-peniaga Indonesia perlu membayar kos pengangkutan sebanyak RM8 sekilogram.

Perjalanan panjang “Long” telah membuka mata kami kepada cabaran-cabaran dalam memuridkan pemimpin masa depan kita, iaitu kanak-kanak dan belia gereja BM. Majoriti (jika tidak semua) remaja kita adalah generasi Kristian yang kedua, ketiga atau keempat. Ramai daripada mereka tidak lagi berminat dalam hal-hal rohani. Hari ini boleh dilihat dari banyak keciciran dari gereja, hanya kerana iman mereka adalah iman second hand. Mereka tidak mempunyai iman tangan pertama dan hubungan peribadi dengan Kristus.

Teruslah berdoau untuk kanak-kanak dan belia gereja BM kita. Ia adalah satu perjalanan yang panjang untuk mereka kerana ancaman besar dari pengislaman dan pemodenan. Jika kita tidak berminat dengan mereka, Islam dan dunia sangat berminat untuk memenangi mereka!

(diambil dari Berita Rakan Penabur, Q4 2014)