Melangkah Sebagai Seorang Kristian

512

Perjalanan kehidupan anda sebagai seorang Kristian bermula apabila anda mengaku dan menerima Yesus sebagai Penyelamat dan Tuhan secara peribadi dalam hidup anda. Sejak itu, anda dijangka untuk bertumbuh menjadi seorang Kristian yang mendewasa. Anda harus
bertumbuh semakin mirip Kristus, sesuai dengan kebenaran yang anda terima. Anda didorong untuk terus bertumbuh, bukan supaya dilihat orang, atau dipercayai untuk maju ke mimbar, atau dipilih menjadi pemimpin, tetapi bertumbuh kerana kasih anda kepada Tuhan dan kerinduan untuk menjadi semakin serupa dengan Yesus Kristus.

Tetapi itu tidak selalunya mudah dan lancar. Realitinya, anda mungkin telah lama menjadi seorang Kristian tetapi mungkin merasa mengalami kebuntuan dan tidak merasakan ada pertumbuhan. Buku ini mengandungi 28 pelajaran yang disusun untuk membantu anda untuk terus bertumbuh dan terus melangkah maju sebagai seorang Kristian.

Tujuan buku ini adalah supaya anda tidak hanya mengetahui lebih banyak tentang apa yang berlaku kepada diri anda ketika anda menjadi seorang Kristian, tetapi juga supaya anda dapat mengembangkan iman anda dalam kehidupan seharian.

Harga: RM6