Pernahkah saudara mendengar persoalan seperti ini oleh mereka yang terguris hati oleh seorang Kristian:

“Saya ingat orang Kristian tidak boleh membohong/berzina/mengutuk/mabuk/dll?”

“Inikah apa yang Yesus ajar?”

“Mengapa orang Kristian melakukan sebegini terhadap saya? Bukankah Yesus mengajar mereka supaya saling mengasihi dan mengampuni?”

Kalian yang disayangi Kristus, ini adalah kerana banyak orang sudah mengetahui pengajaran Tuhan Yesus dan Perintah yang Terutama, iaitu untuk “…kasihilah Tuhan Allahmu dengan sepenuh hatimu, dengan segenap jiwamu dan dengan seluruh akalmu” dan “…kasihilah sesama manusia seperti kamu mengasihi dirimu sendiri.”

Ketahuilah bahawa perwatakan orang Kristian selalu dibandingkan dengan contoh manusia terunggul di dunia (dulu, sekarang dan selamanya), iaitu Yesus Kristus. Tiada siapa yang pernah hidup yang mampu mengikuti standard-Nya. Cuba anda bandingkan corak kehidupan Yesus dengan yang lain, dan hati naluri anda akan ketahui siapakah yang perlu anda ikuti. 

Yesus sendiri memberi amaran kepada kita untuk berwaspada terhadap nabi palsu (Matius 7:15). Amaran Yesus adalah seperti berikut, “Mereka datang kepada kamu dengan rupa domba, tetapi sebenarnya mereka seperti serigala buas. Kamu akan mengenal mereka melalui hasil perbuatan mereka. Belukar berduri tidak menghasilkan buah anggur, dan semak berduri tidak menghasilkan buah ara. Tetapi pokok yang subur menghasilkan buah yang baik, dan pokok yang tidak subur menghasilkan buah yang buruk. Demikianlah kamu akan mengenal nabi palsu melalui perbuatan mereka.” (Matius 7:15-17, 20).

Oleh itu, marilah kita meneliti fakta-fakta penting tentang kehidupan Yesus yang konsisten dengan pengajaran-Nya.

  • Yesus mengetahui misi hidup-Nya dan membuat nubuatan tentang kematian serta kebangkitan-Nya. Dia mengotai janji-Nya untuk hidup semula selepas disalib
  • Yesus tidak pernah berperang atau mengarahkan orang lain berperang dan menakluki kerajaan di dunia
  • Apabila Yesus menerima arahan daripada Allah, Dia pergi ke tempat yang sunyi di padang gurun untuk dicubai dan memulai pelayanan-Nya dengan berkat Allah
  • Yesus menerima arahan daripada Allah Bapa (Yohanes 5:19)
  • Yesus menyamakan Diri dengan Allah (Yohanes 8:24, 8:58) dan juga mengakui Diri sebagai manusia. Yesus menggelar Diri sebagai Jalan, Kebenaran dan Hidup (Yohanes 14:6)
  • Yesus tidak pernah membunuh sesiapapun
  • Yesus mempunyai kuasa atas kehidupan, tetapi Dia tidak pernah meragut nyawa. Di sebaliknya, Dia membangkitkan orang mati
  • Yesus tidak pernah berkahwin
  • Yesus mengajar untuk tiga tahun setengah
  • Yesus melakukan pelbagai mukzijat
  • Yesus memenuhi banyak nubuatan di dalam Perjanjian Lama sebagai Mesias yang dijanjikan Allah
  • Yesus tidak pernah berdosa (1 Petrus 2:22)
  • Yesus tidak pernah memiliki hamba, tetapi Dia melayani orang lain sebagai hamba
  • Yesus mendengar suara Allah secara terus (Markus 1:10-11)
  • Yesus mempunyai tanggapan yang tinggi terhadap kaum wanita

Yesus bukan sahaja membawa pengajaran yang benar daripada Allah, Dia mengamalinya sebagai contoh kepada manusia sejagat. Beranikah manusia fana lain menyatakan demikian dan mampu melakukannya?

Adakah anda akan mengikuti seseorang yang mengamalkan poligami, membalas dendam, menghalalkan kelakuan seperti berdusta untuk menyelamatkan diri sendiri, mempersendakan kaum perempuan dengan kenyataan seperti “perempuan hanya mempunyai separuh kecerdikan daripada lelaki”, dan lain-lain kelakuan duniawi, atau anda lebih rela mengikuti Dia yang menggelarkan Diri sebagai “…Jalan, Kebenaran dan Hidup”? 

Keputusan berada di dalam tangan anda. Tuhan berkati.