Empat Hal Yang Anda Harus Ketahui

1998

Perhatian: Semua ayat-ayat Alkitab dipetik daripada Alkitab Versi Borneo (AVB)


Tuhan menciptakan matahari, bulan, bintang dan bumi.


Tuhan menciptakan binatang, tumbuh-tumbuhan, gunung-­ganang, ikan, burung dan segala makhluk yang hidup.


Tuhan juga menciptakan manusia. Tuhan mengasihinya dan memberinva segala sesuatu yang dia perlukan untuk hidup berbahagia.


Tetapi, manusia tidak menurut perintah Tuhan. Sebaliknya, dia berbuat sesuka hatinya dan bukan apa yang Tuhan perintahkan.


Setelah manusia meninggalkan Tuhan, dia melupakan Tuhan dan mula menyembah berhala seperti batu, pokok, roh jahat dan lain-lain.


Manusia terpaksa bekerja keras untuk mencari penghidupan. Tanpa pertolongan Tuhan, manusia selalu mengalami kekecewaan.

Namun demikian, Tuhan masih mengasihi manusia dan telah menghantar nabi-Nya untuk memberitahu mereka berita baik tentang kasih dan pengampunan-Nya.

Tahukah anda tentang empat hal yang Tuhan ingin anda ketahui?

1

Tuhan mengasihi anda dan Dia menawarkan satu rancangan yang istimewa untuk hidup anda. 
Kasih Tuhan 
Allah begitu mengasihi dunia sehingga menganugerahkan Anak-Nya yang tunggal (Yesus Kristus) supaya setiap orang yang percaya kepada-Nya tidak binasa melainkan mendapat hidup kekal.
Yohanes 3:16

Rancangan Tuhan 

Kristus berkata, “Tetapi Aku datang supaya manusia mempunyai hidup bahkan mempunyai hidup yang berlimpah-limpah.”
Yohanes 10:l0b
Mengapakah kebanyakan orang tidak dapat menikmati hidup yang penuh kebahagiaan ini?

2

Sebab ….
Tuhan mengasihi anda dan Dia menawarkan satu rancangan yang istimewa untuk hidup anda.
Manusia Berdosa
Kerana semua manusia telah berdosa dan tidak dapan mencapai kemuliaan Allah.
Roma 3:23a
Manusia telah dicipta untuk hidup berbahagia bersama Tuhan. Tetapi, oleh sebab manusia mahu berbuat sesuka hatinya tanpa menghiraukan perintah Tuhan, perhubungannya dengan Tuhan terputus. Mengikut Alkitab, perbuatan ini dikatakan dosa.
Manusia Terpisah Daripada Tuhan
Kerana ganjaran dosa ialah kematian tetapi kurnia Allah ialah kehidupan kekal dalam Kristus Yesus, Tuhan kita.
Roma 6:23
Maut ini bukan sahaja bermakna kematian tubuh badan kita, tetapi juga kematian rohani iaitu roh manusia terpisah daripada Tuhan.
Tuhan Maha Suci sedangkan manusia berdosa. Oleh itu satu jurang memisahkan manusia daripada Tuhan. Manusia selalu cuba mencari Tuhan dan kebahagiaan hidup melalui usahanya sendiri, seperti mematuhi undang-undang, dan berbuat baik kepada orang lain. Namun, semua usaha ini gagal.

3

Yesus Kristus adalah satu-satunya jalan yang telah diberikan oleh Tuhan untuk menyelesaikan masalah dosa manusia. Melalui-Nya, anda boleh mengetahui dan mengalami kasih dan rancangan Tuhan untuk hidup anda.
Kristus Mati Bagi Pihak Kita
Tetapi Allah telah menunjukkan kasih-Nya sendiri terhadap kita dengan demikian: Ketika kita masih berdosa, Kristus telah mati untuk kita.
Roma 5:8
Yesus Kristus mati di atas salib untuk menerima hukuman bagi pihak kita.
Kristus Telah Bangkit Daripada Kematian 
Kristus telah mati kerana dosa kita. Dia telah dikebumikan.
Dia telah dibangkitkan pada hari ketiga sepertimana yang Dia telah katakan kepada murid-Nya.
Dia telah memperlihatkan diri-Nya kepada Petrus, dan kemudiannya kepada dua belas murid-Nya. Setelah itu, Dia memperlihatkan diri-Nya kepada lebih daripada lima ratus pengikut-Nya pada waktu yang sama.
1 Korintus 15:3-6

4

Kita mesti menerima Yesus Kristus sebagai Penyelamat dan Tuhan kita secara peribadi. 
Dengan demikian, kita boleh mengetahui dan mengalami kasih dan rancangan Tuhan untuk hidup kita.
Kita Mesti Menerima Kristus
Namun demikian, Dia memberikan hak menjadi anak Allah kepada mereka yang menerima-Nya dan percaya dalam nama-Nya.
Yohanes 1:12
Kita Menerima Kristus Melalui Iman 
Kamu telah diselamatkan dengan kasih kurnia-Nya melalui iman – ini bukan daripada kamu sendiri tetapi adalah kurnia Allah.
Efesus 2:8
Kita Menerima Kristus Dengan Mengundang-Nya Secara Peribadi 
Kristus berkata, “Dengarlah! Aku berdiri di hadapan pintu sambil mengetuk. Jika seseorang mendengar suara-Ku dan membuka pintu, Aku akan masuk ke rumahny. (hidup anda)”
Wahyu 3:20
Menerima Kristus bererti memilih untuk mengikut kehendak Tuhan dan bukan kehendak kita sendiri, mempercayai bahawa Kristus akan datang ke dalam hidup kita untuk mengampuni dosa kita dan menjadikan kita manusia yang mengikut kehendak-Nya. Hanya bersetuju secara akal bahawa apa yang Tuhan katakan adalah benar, atau mempu­nyai pengalaman berdasarkan berbagai perasaan adalah tidak mencukupi.
Kedua-dua rajah ini menggam­barkan dua jenis kehidupan 
Hidup Dikuasai Aku Sendiri 
  • Aku berkuasa
  • Aku buat sesuka bati
  • Kristus di luar hidup aku
Hidup Dikuasai Kristus 
  • Kristus berkuasa
  • Aku buat apa yang Tuhan perintah
  • Aku menjadi teman Tuhan
Yang manakah mencerminkan kehidupan anda sekarang?
Yang manakah anda ingin mencerminkan kehidupan anda?
Berikut menjelaskan bagaimana anda boleh menerima Kristus.
Anda Boleh Menerima Kristus Saat Ini Juga Dengan Berdoa Berdasarkan Iman
(Doa adalah percakapan dengan Tuhan)
Tuhan mengetahui isi hati anda. Kalau anda jujur dan ingin bersungguh­-sungguh,
Berikut adalah satu doa yang anda boleh guna: 
Tuhan Yesus, aku memerlukan Engkau. Aku membuka pintu hatiku dan menerima Engkau sebagai Penyelamat dan Tuhanku. Terima kasih kerana mengampunkan dosaku dan memberi hidup yang kekal kepadaku. Jadikanlah aku seorang seperti yang Engkau kehendaki. Amin.
Adakah doa ini apa yang anda mahu berkata kepada Tuhan?
Jika demikian, ucapkanlah doa ini sekarang juga.
Sudahkah anda mengundang Kristus masuk ke dalam hidup anda?
Kalau sudah, hal-hal yang berikut telah berlaku dalam hidup anda:
  1. Kristus telah berada di dalam hidup anda (Wahyu 3:20, Kolose 1:27)
  2. Dosa anda telah diampuni (Kolose 1:14)
  3. Anda telah menjadi seorang anak Tuhan (Yohanes 1:12)
  4. Anda beroleh hidup kekal (Yohanes 5:24)
  5. Anda telah mulai perjalanan hidup yang baru selaras dengan rancangan Tuhan (Yohanes 10:10)
Sekarang anda patut: 
  • menghadiri sebuah gereja yang berhampiran di mana nama Yesus Kristus diagungkan dan Firman Tuhan (Alkitab) dikhutbahkan.
  • membaca Alkitab setiap hari atau meminta orang membacakannya kepada anda.

© Hak Cipta Malaysia Campus Crusade for Christ (1991)