Hampir kesemua Perjanjian Lama ditulis dalam bahasa Ibrani, di mana ia lebih dikenali sebagai Bahasa Ibrani kitab kerana ia berbeza dengan bahasa Ibrani zaman moden, sama seperti bahasa Inggeris Klasik dengan bahasa Inggeris zaman moden. Oleh kerana jangkamasa dari Kejadian ke Maleakhi sangat besar, terdapat bukti bahawa bahasa Ibrani yang dipakai sepanjang masa tersebut juga berkembang dan bertukar mengikut arus zaman. Bahasa Ibrani kitab adalah sama dengan bahasa sezaman yang ditutur, dan kadangkala terdapat karya dari kawasan sekeliling yang menolong kita memahami makna perkataan Ibrani yang kuno. 

Aram adalah bahasa rasmi Empayar Babilonia, dan sewaktu bangsa Israel dibuang negara ke Babilonia, banyak antara mereka mula mempelajari bahasa Aram. Sebahagian daripada kitab Daniel ditulis dalam bahasa Aram. Ini bukan sesuatu yang menghairankan kerana Daniel adalah seorang pembuangan di Babilonia. Di dalam kitab Ezra, terdapat beberapa transkrip dokumen makhamah Babilonia yang ditulis dalam bahasa Aram. 

Di dalam 400 tahun di antara zama nabi Maleakhi dengan kelahiran Tuhan Yesus, bahasa Yunani menjadi lingua franca tamadun dunia oleh kerana Iskandar Zulkarnain memerintah sebahagian besar daripada dunia pada waktu itu. Pada waktu tersebut, Perjanjian Lama telah diterjemahkan kepada bahasa Yunani, di mana penterjemahan tersebut dikenal sebagai Septuaginta (biasanya dipendekkan sebagai LXX). Perkataan Septuaginta diperoleh daripada perkataan “tujuh puluh” kerana ia dipercayai bahawa 70 orang cendekiawan yang berusaha dalam penterjemahan tersebut. Apabila Perjanjian Lama dipetik dalam Perjanjian Baru, kebanyakan daripada petikan tersebut berasal dari Septuaginta dan bukan Alkitab Ibrani. Kebanyakan orang Kristian yang bukan Yahudi tidak tahu membaca dalam bahasa Ibrani, tetapi mereka lebih fasih dengan Septuaginta. 

Pada zaman Yesus, bahasa Aram adalah bahasa harian di Palestin. Namun demikian, kitab-kitab Matius, Markus, Lukas dan Yohanes ditulis dalam bahasa Yunani. Oleh itu, kebanyakan daripada kandungan Perjanjian Baru tidak mengandungi kata-kata Yesus yang asal, tetapi telah diterjemahkan dengan tepat dalam bahasa Yunani (Markus 5:41 dan Matius 27:45 adalah pengecualian). 

Apakah Versi Alkitab Yang Paling Tepat?

Perjanjian Baru ditulis dalam Yunani Koine, ataupun dirujuk sebagai Koine. Maksud “Koine” adalah “biasa.” Koine bukan bahasa akademik Yunani Klasik yang dipakai oleh cendekiawan pada zaman itu, jadi Koine merupakan bahasa pasar. Jika bukan kerana penulisan Perjanjian Baru dalam Koine, kita tidak dapat mempelajari Yunani Koine pada hari ini kerana Koine tidak digunakan dalam penulisan rasmi. Seperti yang Allah memberitahu dalam 1 Korintus 1:27, Dia “… memilih yang bodoh di dunia untuk memalukan yang bijak. Allah memilih yang lemah di dunia untuk memalukan yang kuat.” Inilah yang terjadi dengan Koine apabila ia digunakan untuk menulis seluruh Perjanjian Lama. 

Karya Lukas sangat lancar dan terperinci, dan terdapat mereka seperti Petrus yang menunjukkan kebatasan mereka dalam penguasaan bahasa Yunani, tetapi tidak kira siapapun, mereka semua menulis dalam Yunani Koine, iaitu bahasa pertuturan harian yang digunakan oleh semua orang. 

Sejak Alkitab dikumpulkan dalam bentuk tulisan, ia telah diterjemahkan kepada ribuan bahasa. Penterjemahan Alkitab yang tepat sama seperti Firman Tuhan yang asal. Namun demikian, jika seseorang ingin mengetahui Firman Tuhan dengan lebih mendalam lagi, penguasaan Yunani Koine serta bahasa Ibrani sangat memanfaatkan.