Apa Itu Injil?

4432

Apa itu injil Yesus Kristus? Anda mungkin berfikir bahawa ia adalah satu soalan yang mudah, terutamanya bagi orang Kristian. Malah anda mungkin berfikir bahawa menulis sebuah buku seperti ini – yang meminta orang Kristian untuk berfikir dengan teliti mengenai soalan, “Apa itu injil Yesus?” – adalah sesuatu yang sangat tidak perlu. Ia seperti meminta para tukang kayu untuk duduk dan memikirkan soalan, “Apa itu sebuah tukul?”

 

Lagipun injil Yesus Kristus adalah asas bagi Kekristianan, dan sebagai orang Kristian kita mendakwa bahawa injil adalah di atas segala-galanya. Ia adalah apa yang kita sandarkan dalam kehidupan kita dan juga dalam pembinaan gereja-gereja kita. Ia adalah perkara yang kita bualkan bersama orang lain, dan ia juga adalah sesuatu yang kita doakan agar mereka juga akan mendengar dan percaya.

 

Untuk semua itu, pada pendapat anda berapa kukuh pemahaman kebanyakan orang Kristian mengenai kandungan injil Kristian? Bagaimana anda akan menjawab jika seseorang bertanya kepada anda: Apakah berita yang sering kali kamu orang Kristian katakan? Dan apa yang begitu baik tentang itu?  Buku ini cuba menawarkan satu jawapan yang jelas untuk soalan-soalan ini, yang berdasarkan kepada apa yang Alkitab itu sendiri ajarkan mengenai injil.