Obor Belia Buku 6: Berbahagialah

1594

Kuasa, kekayaan, kemampuan bersaing dalam pasaran, penampilan yang menarik dan wajah yang menawan sering dirayakan sebagai tanda kejayaan dan sifat-sifat yang sangat diidamkan oleh manusia di dunia ini. Adakah kita juga menganut nilai-nilai ini dan menggalakkan belia kita untuk memiliki sifat-sifat ini untuk memastikan mereka berjaya dalam kehidupan mereka?

Tuhan Yesus mencabar pemikiran dan pemahaman kita melalui ajaran-ajaran-Nya di Khutbah Di Bukit. Nilai-nilai yang dikhutbahkan oleh Tuhan Yesus itu berlawanan dengan nilai-nilai yang dialu-alukan oleh dunia ini. Tuhan menghargai orang yang miskin jiwanya di hadirat Allah, berdukacita atas dosa sendiri, rendah hati, haus akan kebenaran, serta mencintai dan membawa damai.

Buku Berbahagialah! ini bertujuan untuk menolong para belia menyelidiki sistem nilai mereka sendiri dan memastikan nilai-nilai mereka berdasarkan pandangan Alkitab. Untuk mengajar Khutbah Di Bukit, seorang pembimbing memerlukan perubahan paradigma mereka iaitu pertukaran minda. Mereka mesti mengajar para belia apa yang dianggap bernilai dalam Kerajaan Allah dan bukan apa yang dipentingkan oleh dunia.

Tuhan Yesus berkata bahawa Dia datang bukan untuk menghancurkan kehidupan ini tetapi untuk menolong kita hidup dalam berkelimpahan. Sewaktu kita menerapkan pengajaran-pengajaran dalam Khutbah Di Bukit dalam kehidupan kita, kita pasti akan mengalami berkat-Nya, kebahagiaan kehadiran-Nya, penghiburan-Nya serta kerajaan-Nya dalam hati kita.

Dan Yesus berkata: “Siapa mempunyai telinga untuk mendengar, hendaklah ia mendengar!” (Markus 4:9)