Obor Belia Buku 1: Istimewa di Mata Tuhan

1954

Perubahan daripada masa kanak-kanak ke alam akil baligh selalu mendatangkan perubahan ketara bagi semua remaja. Ada yang mengharunginya tanpa emosi yang bercelaru sementara yang lain akan mengalami peralihan yang bergelora kerana banyak perubahan dialami mereka.

Bagi kebanyakan remaja, inilah masa mereka menjadi gelisah dengan wajah dan penampilan mereka. Ada yang mengeluh,“Tuhan, kenapa Engkau lupa saya sewaktu menghulur kecantikan atau kekacakan kepada ciptaan-Mu.” Ada pula yang bersungut, “Mengapakah kakiku menjadi panjang,” atau “Aduh, mengapakah muka saya berjerawat!”

Apapun gelora keremajaan yang melandai anda, satu hal penting yang perlu anda tahu ialah Tuhan tahu apa yang dilakukan-Nya sewaktu Dia mencipta anda. Dia menerima dan mengasihi semua remaja tidak kira mereka mempunyai kaki panjang ataupun berjerawat. Anda tidak perlu dinilaikan pada dasar rupa anda secara lahiriah atau apa yang anda miliki. Yang penting, anda mesti menerima apa yang diberikan oleh Tuhan kepada anda dan menghargainya dengan sebaik-baiknya. Kalau anda berbuat demikian, anda akan mendewasa dengan harga diri yang berharga dan mengetahui nilai anda yang sebenarnya di mata Tuhan.

Satu lagi cabaran ketika meningkat dewasa ialah isu perhubungan antara lelaki dan perempuan. Apa yang anda tonton dari TV, filem- filem, atau baca dari majalah, buku-buku dan laman web akan mempengaruhi fikiran anda. Anda akan berfikir memang wajar melibatkan diri dengan seseorang dari berlawanan jenis kerana ia sungguh “cool” atau teruja.

Jadi, patutkah anda mengikut teman-teman anda dan mula ber- pacaran? Apakah keinginan Tuhan untuk anda sebagai seorang remaja? Selidiki dan ketahui apakah nilai-nilai Tuhan mengenai “Perhubungan Lelaki dan Perempuan.” Kemudian, tumpukan hati anda untuk mengejar apa yang berkenan di mata Tuhan. Selain itu, anda juga akan belajar mengapakah Tuhan memberi seks kepada manusia.

“Peliharalah aku seperti biji mata, sembunyikanlah aku dalam naungan sayap-Mu.” (Mazmur 17:8)