Obor Belia Buku 11: Tinjauan Perjanjian Lama Bahagian 2

1162

Nabi-nabi Perjanjian Lama diutus oleh Allah untuk menyampaikan amaran, nubuat, dan kerinduan hati Allah agar umat-Nya kembali kepada-Nya. Berita mereka sering mengandungi dua tema: penghukuman dan pengharapan.

Dalam kitab-kitab Nabi Besar dan Kecil, kita membaca tentang Yehezkiel berjalan di tentang lembah tulang-tulang kering, Yeremia diminta agar jangan pergi ke perjamuan untuk melambangkan beritanya, Amos mengejutkan pendengar yang berfikir mereka biji mata Tuhan apabila dia bersabda bahawa Allah mengaum dari Sion, Yunus marah ketika penduduk Ninewe diselamatkan dan Yoel menceritakan pencurahan Roh Kudus. Hal yang paling ajaib tentang nubuat-nubuat mereka ialah ia digenapi pada zamannya dan juga zaman yang akan datang.

Nabi-nabi yang diutuskan oleh Tuhan untuk berdiri di tengah-tengah umat Allah dan berseru, “Demikianlah kata TUHAN ALLAH!” Mereka akan memakai pelbagai pendekatan seperti cerita, perumpamaan, lakonan dan bahkan mengesampingkan hak peribadi demi mewakili suara Tuhan. Bangsa Israel yang mudah terbuai oleh berita-berita nabi-nabi palsu yang sering bertentangan tidak bertaubat namun setelah mengalami penghukuman baru mereka mual akan dosa mereka. Walau bagaimana pun, nabi-nabi ini tetap bersabda dan bernubuat dengan tidak lelah.

Buku Tinjauan Perjanjian Lama I dan II bertujuan memberi gambaran besar yang boleh menolong para belia mentafsir dan memahami Alkitab dengan tepat. Mereka akan mempelajari bagaimana Allah memanggil nabi-nabi pada waktu yang berbeza kepada umat Tuhan dan apakah thema yang disampaikan. Selain itu, mereka juga akan mempelajari bagaimana menerapkan berita nabi ini dalam kehidupan kita pada masa kini.

“Siapakah Allah seperti Engkau yang mengampuni dosa, dan yang memaafkan pelanggaran dari sisa-sisa milik-Nya sendiri; yang tidak bertahan dalam murka-Nya untuk seterusnya, melainkan berkenan kepada kasih setia?” (Mikha 7:18)