Tinjaun Perjanjian Baru sangat penting kerana ia melanjutkan cerita dalam Perjanjian Lama. Perjanjian Baru merupakan puncak daripada wahyu Allah kepada manusia. Nabi-nabi dalam Perjanjian Lama sudah lama menubuatkan kedatangan seorang Mesias dan dalam Perjanjian Baru, kita melihat Allah menggenapi rancangan-Nya. Perjanjian Baru memuat catatan mengenai bagaimana Tuhan menjadi manusia dan tinggal di kalangan umat Tuhan serta pertumbuhan gereja awal sehinggalah kedatangan-Nya buat kali yang kedua. Para belia juga akan diberikan kesempatan untuk meneliti siapa diri Paulus dan pendekatannya dalam penginjilan.
Tinjauan Perjanjian Baru bertujuan menolong para belia memahami tema dan penekanan kitab-kitab Perjanjian Baru. Tinjauan ini juga memperbolehkan kita melihat kesinambungan seluruh Perjanjian Baru. Dalam buku ini, tinjauan Perjanjian Baru akan menolong kita melihat gambaran besar Perjanjian Baru dan memahami tema-tema kitab-kitab dalam Perjanjian Baru.
Buku ini juga memuat latar belakang untuk menolong para belia memahami masyarakat, ekonomi mahupun kebudayaan yang wujud pada masa ini. Unsur-unsur masyarakat mahupun keadaan masyarakat juga menolong memahami Perjanjian Baru dengan lebih baik. Buku ini membandingkan keempat-empat Injil dan cara pendekatannya yang unik. Kemudian mengkaji Kisah Para Rasul tentang kelahiran dan kehidupan gereja awal serta menelusuri misi Paulus. Surat-surat Rasul Paulus, surat-surat umum akan diakhiri dengan puncaknya iaitu Kitab Wahyu. Tuhan Yesus akan datang memerintah sebagai Raja atas segala raja.
“Dan mereka menyanyikan suatu nyanyian baru katanya: Engkau layak menerima gulungan kitab itu dan membuka meterai- meterainya; karena Engkau telah disembelih dan dengan darah-Mu Engkau telah membeli mereka bagi Allah dari tiap-tiap suku dan bahasa dan kaum dan bangsa. Dan Engkau telah membuat mereka menjadi suatu kerajaan, dan menjadi imam-imam bagi Allah kita, dan mereka akan memerintah sebagai raja di bumi.”
(Wahyu 5:9-10)