Lukas 1:26-38; Matius 1:18-25
Banyak tahun kemudian, seorang malaikat dari syurga diutus berjumpa dengan seorang anak dara bernama Maria. Maria sudah bertunang dengan lelaki bernama Yusuf. Malaikat itu berkata kepada Maria, “Engkau yang sangat diberkati oleh Tuhan, kerana engkau akan mengandung lalu melahirkan seorang anak lelaki. Hendaklah engkau menamakan Dia Yesus.” Maria berkata, “Aku masih dara. Bagaimanakah perkara ini boleh berlaku?” Malaikat tersebut menjawab, Roh Allah akan datang kepadamu, dan kuasa Allah akan menaungi engkau. Itulah sebabnya Anak yang akan lahir itu disebut Suci, Anak Allah.” Malaikat itu menampakkan diri kepada Yusuf di dalam mimpi dan berkata, “Janganlah takut memperisteri Maria. Dia mengandung kerana kuasa Roh Allah. Maria akan melahirkan seorang anak lelaki. Anak itu harus engkau namakan Yesus, kerana Dia akan menyelamatkan umat-Nya daripada dosa mereka.” Yusuf berkahwin dengan Maria selepas itu tetapi tidak berseketiduran dengan Maria sehingga Maria melahirkan Yesus.