4: Adam dan Hawa

3677

Kejadian 1:26-31, 2:7-3:24

Allah menciptakan lelaki dan perempuan yang pertama di dunia ini, dan Dia menamakan mereka Adam dan Hawa. Allah memberi mereka kuasa untuk memerintah ke atas semua yang telah diciptakan. Lebih daripada itu, Allah menempatkan pasangan suami isteri tersebut di dalam Taman Eden, di mana Dia menjalinkan satu persahabatan yang erat dengan mereka. Adam dan Hawa diizin untuk mengambil semua buah di dalam Taman Eden sebagai makanan mereka kecuali dari satu pokok sahaja. Musuh manusia, Satan, menggoda kedua-dua mereka untuk mengingkari perintah Allah lalu memakan buah yang terlarang. Dengan demikian, manusia telah berdosa terhadap Allah dan persahabatan antara manusia dan Allah sudah retak. Itu sebabnya Adam dan Hawa dihalau daripada Taman Eden, dan semenjak itu, semua manusia telah berdosa terhadap Allah dan dipisahkan dari hadirat-Nya. Ini juga mengapa kami mengalami kesakitan, kedukaan, dan kematian.