39: Kehidupan Yang Berbuah

1187

Matius 7:15-20; Galatia 5:22-23; Yohanes 15:1-8

Gambar ini menunjukkan pohon yang berbuah lebat. Apabila kita mengikut Yesus, Roh Kudus akan bekerja dalam kehidupan masing-masing untuk berbuah. Alkitab menyatakan bahawa hasil buah Roh adalah saling mengasihi, bersukacita, hidup rukun, sabar, berbudi, baik hati, setia, rendah hati dan dapat mengawal diri. Yesus berkata, Aku pokok anggur yang sejati dan kamu carang-carangnya. Sesiapa yang tetap bersatu dengan Aku, dan Aku dengan dia, dia akan berbuah lebat.” Carang yang mati tidak akan berbuah, tetapi akan dicantas dan dibakar. Yesus mahu pengikut-Nya supaya berbuah lebat kerana ini memuliakan Allah dan memberkati orang lain.