Lakukan Apa Yang Benar

1919

Banyak isu semasa yang tercetus mengancam kebebasan beragama dan menyebabkan hak gereja tercabut. Gereja perlu memahami pelbagai perspektif perundangan yang wujud untuk mempertahankan hak mereka. Pendirian apakah yang perlu diambil oleh orang Kristian kalau ternyata hak mereka telah dicabuli?

Dari dulu lagi gereja-gereja di Malaysia beroperasi di bawah satu set undang-undang yang seharusnya menentukan kebebasan beragama dan bukan sebaliknya. Umat Kristian sering cemas bila perkara-perkara yang berkaitan dengan undang-undang menjadi sesuatu yang merumitkan atau mengancamkan. Umat Kristian merasa mereka dilumpuhkan kerana mereka ragu-ragu samada mereka sedang mengambil tindakan yang tepat apabi- la hak mereka tercabar.

Ekoran ini, timbul satu keperluan untuk membekali umat Kristian dengan pengetahuan asas undang-undang supaya mereka boleh melaksanakan hak Perlembagaan mereka dalam mengamalkan dan menyebarkan iman Kristian dengan bijaksana dan berani. Pengetahuan yang tepat tentang undang-undang akan menolong mereka melaksanakan hak beragama tanpa ketakutan. Dengan latar belakang sedemikianlah Wawasan Penabur menterjemahkan buku panduan terbitan Kairos Research yang berjudul “Doing The Right Thing” untuk masyarakat Kristian di Malaysia.

Buku panduan ini ditulis bersama-sama dengan bantuan beberapa peguam Kristian. Ini merupakan langkah awal dalam sebuah projek jangka panjang untuk membantu umat Kristian menelusuri undang-undang yang berubah menurut edaran waktu. Tentu masalah-masalah lain akan timbul pada ma- sa depan yang perlu ditangani dengan segera. Perubahan ini bererti buku panduan ini perlu dikemaskini dari semasa ke semasa menurut keperluan semasa. Kami menyambut baik cadangan daripada para pembaca mengenai bagaimana mutu buku ini dapat ditingkatkan sehingga menjadi sumber yang tak ternilai harganya bagi masyarakat Kristian.

Ingatlah, Yesus pernah berkata ― “kamu akan mengetahui kebenaran, dan kebenaran itu akan memerdekakan kamu.” (Yohanes 8:33)