Obor Belia Buku 2: Ada Apa Dengan Yesus?

1337

Adakah memberitahu orang lain tentang Yesus susah bagi anda? Buku ini akan menolong anda untuk bersaksi tentang Yesus.

Buku ini ditulis agar anda boleh mengundang kawan-kawan anda ke persekutuan anda. Mereka tidak semestinya mempunyai pengetahuan mengenai Injil. Undang mereka untuk datang agar mereka tahu siapa Yesus. Buku ini juga mempunyai pelbagai aktiviti yang menarik untuk menolong kawan-kawan anda memikir tentang Yesus. Mereka juga akan diberikan kesempatan untuk mengundang Yesus ke dalam kehidupan mereka.

Satu hal penting yang dapat anda lakukan ialah berdoa. Berdoalah untuk mereka yang telah anda undang agar Tuhan akan menyentuh dan mengubah kehidupan mereka.

“Tetapi semua yang tercantum di sini telah dicatat, supaya kamu percaya, bahawa Yesuslah Mesias, Anak Allah, dan supaya kamu oleh imanmu memperoleh hidup dalam nama-Nya.” (Yohanes 20:31)